September 1
Double-Thanksgiving Celebration
Archbishop John Lee's Acknowledgement Speech
Saudara saudari yang saya kasihi dalam Kristus,
Syukur dan puji kepada Tuhan atas kasihNya yang tidak terhingga!
Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi umat Katolik di ketiga-tiga keuskupan Kota Kinabalu, Keningau dan Sandakan. Kita telah diberi kepercayaan oleh Sri Paus untuk menjadi satu wilayah gerejawi yang baru. Ini bererti kita dipertanggungjawabkan untuk terus menyebarkan dan mempertahankan iman Kristiani kita di wilayah ini. Perayaan hari ini merupakan satu tahap baru dalam perkembangan Gereja Tempatan di Sabah. Syukur kepada Tuhan!
Perlantikkan saya sebagai Uskup Agung Metropolit bukan sahaja satu penghargaan peribadi, tetapi lebih-lebih lagi ia adalah satu pengiktirafan usaha kita semua -- paderi, religius, katekis dan umat awam. Tanpa doa dan kerjasama dari semua pihak, khususnya dalam menghidupi dan menjalankan misi Kristus, mungkin kita masih bergantung kepada misionaris dari luar.
Kehadiran anda, terutamanya anda yang datang dari paroki yang jauh, menunjukkan satu tanda kesatuan dan solidariti dengan umat daripada ketiga-tiga keuskupan di Sabah. Saya percaya kamu pasti berasa bangga dan gembira terhadap hari yang bersejarah ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih atas penyertaan kamu dalam perayaan Ekaristi ini. Selepas ini, saya jemput anda semua ke dewan kompleks paroki untuk menjemu selera, sambil bersalam-salaman kepada sesama.
Semoga semangat kita akan diperbaharui oleh peristiwa hari ini, agar kita akan melipat-gandakan usaha kita dalam meneruskan misi Kristus di zaman yang mencabar ini.
Sekian dan terima kasih.
(He also gave a spontaneous similar speech in Hakka and English after this speech)
